Pages

Monday, March 11, 2013

Mengatasi Masalah Ketiak Berpeluh dan Berbau

Ramai orang mengalami masalah berpeluh.
Perkara macam ni memang kerap terjadi.
Berpeluh hingga menyebabkan baju basah terutama 'underarm' (ketiak).
Bukan sesuatu yang pelik korang.
Benda cam ni tak boleh dibiarkan, kena usaha sesuatu.

Ada yang guna doedorant untuk mengurangkan peluh.
Dan juga mengawal bau badan yang tidak menyenangkan.
Ya, mungkin deodorant berkesan dan sangat membantu.
Tetapi, ada juga cara mudah dan murah yang boleh dibuat di rumah.

Yang diperlukan hanyalah limau atau lemon.
Potong dua cara melintang.
Gosokkan di bahagian ketiak.
Biarkan ia kering dengan sendiri.
Selepas betul-betul kering, pakailah baju.

Masa menggosok tu, uolls akan rasa sedikit merenyam atau macam pedih sikit.
Tak sure the right terms, tapi omputeh kata 'tingle'.
Tahankan aje, memang akan rasa macam tu.
Ini disebabkan oleh asid asetik yang ada dalam lemon.

Asid inilah yang akan membunuh bakteria yang menyebabkan peluh berbau.
Bakteria tak boleh hidup dalam asid asetik.
Bila bakteria mati, ia akan menghentikan peluh berbau.
Selamat mencuba.
Jagalah kebersihan diri kita



No comments: